Monday, March 2, 2009

Hilang Barang!!Camne nak buat ek

Tidak dapat dinafikan semua orang pernah kehilangan sesuatu barang. Kehilangan sesuatu barang lebih-lebih lagi kalau barang itu berharga amatlah memeritkan. Keadaan ini boleh diibaratkan atau lebih teruk dari orang yang sedang bercinta seperti tidur tak lena....,makan tak kenyang....,dan macam-macam lagi keadaan yang dialami. Justeru, saya ingin berkongsi ilmu dengan anda tentang kaedah mengembalikan sesuatu barang yang hilang. Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.Insya-ALLAH.

Untuk pengetahuan,saya sendiri pernah mempra
ktikkan kaedah ini ketika kehilangan dompet saya yang terjatuh semasa menunggang motosikal. Ketika itu, hanya tuhan sahajalah yang Maha Mengetahui akan perasaan saya. Bimbang betul saya dibuatnya. Maklumlah,dompet!!!! Macam-macamlah benda yang penting ada. Kad Pengenalan,lesen memandu dan kad HPA la yang paling penting tapi duit taklah banyak sangat.Yang membimbangkan, setiap kad yang hilang sudah tentu dikenakan bayaran.Adoyai.Manalah saya ada duit sangat nak bayar...Namun, saya tetap gagahkan diri saya untuk bertenang dan berusaha mencarinya kembali. Ucapan atau doa yang diajar oleh Al-Quran ketika mengalami musibah iaitu INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJINGUN sentiasa membasahi bibir mulut saya. Saya yakin mungkin ada terselit pengajaran disebalik ini. Diringkaskan cerita, selepas saya berusaha mencari, saya pun mempraktikkan kaedah ini sebagai ikhtiar terakhir dan tawakal saya. Alhamdulillah,dengan keizinan dari Ilahi tak sampai seminggu pun,muncul seseorang pemuda yang tidak dikenali menyerahkan kembali dompet saya yang hilang dirumah.

p/s: apapun ingat jangan hanya berdoa sahaja tanpa berikhtiar.Hanya orang yang

malas sahaja yang berdoa tanpa usaha.Apapun jadikan Rasullah S.A.W sebagai

mentor sepanjang masa yang tak pernah jemu berdoa dan berusaha.

Cara atau kaifiatnya yang dipetik dari laman web darussyifa adalah seperti berikut:

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

d.Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e.Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f.Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.

No comments: