Saturday, August 22, 2009

Aku,Kamu & Ramadhan..

Pernah orang bertanya dengan hairan,

"Eh, orang yang bersolat pun dimasukkan ke neraka jugak ke??"

Benar.

Orang bersolat pun turut dihumbankan ke neraka Allah.

Tapi..

Atas alasan apa??

cuba renungi firman Allah ini:

"Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang. (laitu) mereka Yang
berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya"

(surah Al-Maaun:5-6)

Solat adalah satu platform untuk kita berhubung dengan Allah. Solat yang khusyuk ialah solat yang dapat mencegah dirinya daripada perkara mungkar. Solat yang dapat menghidupkan hati yang mati dan sentiasa memotivasikan diri dalam membuat perkara ketaatan. Amat malang, jika kita mengerjakan solat tetapi tidak menjaga solat kita dengan baik(menyempurnakannya dengan lalai). Mahukah kita menjadi golongan celaka yang lalai dalam solat disebut oleh Allah?

Timbul pula persoalan yang lain:

"Kalau solat pun kalau kita tak jaga, sudah ada balasannya.
Adakah puasa pun begitu jugak?"

Sebuah hadis shahih mungkin boleh menjawab persoalan diatas.







Yakinlah..
Allah adalah pencipta kita dan seluruh isi alam ini.
Sebagai Pencipta, Dia amat mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaannya.
Setiap larangannya adalah tanda kasih sayangNya kepada kita.
Semoga Allah sentiasa hidupkan hati kita untuk sentiasa memperbanyakkan amal ketaatan kepadaNya dan berjuang atas jalanNya serta menjauhi apa yang dilarangnya

Friday, August 14, 2009

Papai UIAM..


"Ish.. Camna a aku bole kluaq dari UIA ini".bisik hati kecil aku.

Sebelum ini aku memang mentah-mentah menentang untuk belajar di Institut Perguruan Malaysia. Tetapi entah bagaimana, aku dengan rela hatinya memaksa diri aku untuk menamatkan pelajaran aku di UIA. Sebelum keluar dari UIA, berkali-kali juga aku melakukan solat sunat isthikarah. Namun, tiada sebarang petunjuk yang aku temui.

"Kita hanya merancang, Alla
h yang menentukan"

Kata-kata tersebut sedikit sebanyak menjawab persoalan aku. Aku sedar. Mungkin Allah sedang menguji aku dan mengetahui apa yang terbaik buat aku. Cuma kita sebagai manusia sering terlepas pandang dan tidak sedar. Kadang-kadang keputusan yang dibuat oleh kita tidak semestinya selalunya tepat dan baik. Bagi kita, keputusan kita sentiasa terbaik. Hakikatnya tidak. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

"Kalau kita berat hati kepada pilihan tersebut, tetapi kita terpaksa pergi juga. Ha'ah. maka itu kebaikan bagi kita. Itu adalah pilihan dari Allah".kata Dr Haron Din dalam tazkirahnya tentang solat sunat Isthikoroh.

Banyak maklumat aku perolehi tentang solat sunat isthikoroh yang sebenar melalui laman web rasmi darussyifa. Kata-kata dan maklumat tersebut sedikit sebanyak menaikkan motivasi aku. Kini, hati aku sudah mula yakin dan semangat. Aku yakin dengan jalan yang Allah pilih kepadaku. Lagipun, aku berasal dari sebuah keluarga yang serba kekurangan. Tambah pula, aku merupakan anak pertama dilahirkan dalam keluarga aku. (anak sulung a.hehe). Bekerja sendiri sebagai pendawai elektrik, tidak menjamin pendapatan yang tetap bagi ayahku.

"Mungkin elaun dan jaminan kerjaya sudah boleh meringan beban dan kesusahan hati ibubapa aku. Sudah banyak ayah aku berkorban untuk aku,tidak salah kalau aku pula berkorban untuk dia pula.Selepas tamat belajar dimaktab, aku masih ada peluang untuk belajar law lagi. Insya-Allah...".detik hati aku

Cuma.... kadang-kadang, aku berasa bersalah dan menyesal. Hmm..
Disana, aku telah dibebani dengan beberapa tanggungjawab. Antaranya aku telah dipertanggungjawabkan untuk memegang jawatan sebagai ahli syura majlis perwakilan pelajar undang-undang (MeleX) , fasilitator/naqib study circle dan Exco Publication & Information Mahallah Representative Comitte (MRC). Aku berasa bersalah tidak sempat untuk menyumbang bakti. Apatah lagi, aku tidak sempat untuk mengadakan study circle/usrah kali pertama dengan ahli-ahli usrah aku.

Tidak juga dilupakan,banyak kenangan manis bersama kawan-kawan aku disana terutamanya teman-teman aku di bilik aku. B2-3-6. Gelak tawa bersama mereka, tidak akan aku lupakan. (hihi.bukan ayat poyo a). Banyak benda yang aku belajar dari mereka.

Apapun aku tidak mahu lagi bercerita panjang....

Aku tidak perlu sedih lagi. Peristiwa yang lalu jangan sentiasa dikenangkan. Jangan sampai menyebabkan diri patah semangat untuk mencipta langkah baru dan memajukan diri terhalang. Aku perlu redha,bersemangat dan yakin jalan yang aku pilih sekarang adalah jalan yang terbaik buat agamaku,diriku,keluargaku, dan masa depanku.