Friday, April 10, 2009

Aku sudah tidak mengganggur lagi!!



Hari ni sudah masuk 3 hari aku bekerja. Pekerjaan yang aku lakukan sekarang tidaklah sesukar dari pekerjaan yang lain. Seronok oo..

Ngeh3..

Sekali lagi aku tekankan seronok tw bekerja disini. Rasa letih takde langsung. Time bekerja tu rasa masa cepat saja masa berlalu. Tak puas rasa bekerja. Heran gak ak.

Dahulu, aku bekerja sebagai Pengurus SHELL, sekarang ALHAMDULILLAH aku dilantik sebagai wakil rakyat dalam cc. Tapi tak dapat pangkat datuk sebab aku muda g kot. Aku dipertanggungjawabkan menjaga hal kebajikan warga cc n cc tu skali.

perghhhhhhhh!!mercik tu ooo….huhuhu.

Sebenarnya maksud aku disini bekerja sebagai cashier kat cc la.

Apapun, aku bersyukur kepada ALLAH Taala yang mengabulkan permintaan aku selama ini. Maklumlah sebelum ini aku kembali menganggur. So, aku asyik guna duit mak pak aku je. Segan lorh kan..Hari-hari aku pasti mencari pekerjaan yang baru. Tanpa menghirau penat lelah, cewah habis aku redah semua tempat semata-mata nak mencari pekerjaan yang baru. Aku pun tak lupa nak amal solat sunat Dhuha sebab amalan ini boleh meluaskan pintu rezeki tw. Sepanjang aku beramal dengan amalan ini, sejak dibangku sekolah lagi,banyak fadhilat dan hikmah yang aku dapat. Alhamdulillah, setelah aku ikhtiar pastu tambah tawakal pulak, fuh aku berjaya dapat pekerjaan yang mudah ni.

hehehe...

Sepanjang berada disini, takde la sangat masalah yang berlaku. Cuma waktu nak buka pintu kedai tu la, leceh sikit. Susah amat. Kalau lambat sikit, mulalah alarm nak bunyi. Kalau bunyi sedap takpelah, tapi bunyi dia yang bingit tu menyakitkan hati.

Apapun aku seronok dan bersyukur dengan pekerjaan ini. Usaha boikot aku terhadap SHELL selama ini tidak sia-sia. ALLAH telah menggantikan pekerjaan aku yang dahulu dengan pekerjaan yang lebih mudah dan x meletihkan .

Ngeh3..

Sekian..

2 comments:

fadhilah alimin said...

wah2!..besh2
ad keje bru..
mmg sesuai ngan k0..
tp jgn arap la nk dpt title dat0k 2..
hahaha..

PLX Muhammad Khairul Adham Bin Mat Akhir said...

ngeh3..
maseh mak cik
ko jelus la tu
haha