Saturday, March 28, 2009

Maafkan AKU

Sekalung tahniah diucapkan kepada rakyat Malaysia.
Nampaknya mereka sudah mula sedar dan terbuka minda.

Keprihatinan mereka terhadap perubahan iklim dan isu kepupusan sumber tenaga terbukti apabila kita menjadi salah satu negara paling ramai menawarkan diri untuk bergelap bersama dunia sempena acara Earth Hour tahun lepas.

Acara kesedaran alam sekitar itu kini dianjurkan secara berkala setiap tahun dan dipromosikan secara besar-besaran oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF).

Tahun lepas berpuluh-puluh monumen ikon dunia termasuk Opera House di Sydney, jambatan San Francisco malah tidak ketinggalan seluruh kampus Universiti Sains Malaysia (USM) telah menyahut cabaran untuk bergelap selama satu jam.

Seperti tahun sebelumnya, Earth Hour 2009 akan berlangsung pada hari ini serta bakal dijayakan oleh sekurang-kurangnya 75 negara.

Earth Hour tahun ini turut disokong oleh stesen televisyen tempatan, 8TV, stesen radio Hot FM dan beberapa mercu tanda negara termasuk Menara Kuala Lumpur (KL Tower), Angkasapuri, Sunway Pyramid dan Mid Valley Megamall.

Lihatlah sekarang ini pelbagai kempen berlumba-lumba dijalankan oleh pelbagai saluran pihak media massa ini bagi membantu menjayakan matlamat program ini.

"Namun maafkan aku dunia, aku tidak mampu menyahutnya. "

Bukan aku tak prihatin, bukan aku tak peduli.

Namun aku tak mampu menyahut seruan tersebut di saat rakyat Palestin terpaksa bergelap bukan disebabkan Earth Hour, tetapi disebabkan ketidakprihatinan dunia terhadap nasib dan kesengsaraan yang terpaksa mereka tanggung akibat daripada kezaliman kerajaan Zionis Israel!

Apakah selama ini kita tidak sedar atau sengaja memekakkan telinga saja??

Disini, ingin aku tegaskan sebagai peringatan untuk diri aku terutamanya serta kalian semua..

"Membantu mangsa di GAZA serta PALESTIN adalah satu KEWAJIPAN bagi KITA"

Ramai ulama yang memberikan pandangan sbegitu.Hairan juga aku terhadap keunikan sikap masyarakat Malaysia terutamanya umat Islamnya.

Mereka begitu marah sekali dengan tindakan Israel yang mengganyang hebat umat Islam di Gaza,tetapi dalam masa yang sama mereka tetap juga masih menggunakan barangan dari Israel dan sekutunya.
Dimanakah ketegasan kita terhadap isu ini. Adakah kita lebih suka diketawakan serta dimain-mainkan oleh musuh-musuh Islam dengan sikap kita yang hanya hangat-hangat taik ayam sahaja. Harap sama-sama kita fikir-fikirkan.Ayuh kita bangun bersama memboikot barangan Israel serta sekutunya. Buktikan umat Islam boleh bangkit serta bersatu padu. Ayuh!!!

Satu lagi yang membingungkan aku!!Kenapa tidak ada mana-mana badan antarabangsa melancarkan kempen memboikot walau sejam barangan Israel, kenapa tidak melancarkan kempen mengutuk walau sejam terhadap Amerika Syarikat, kenapa tidak ada mana-mana badan atau NGO melancarkan kempen membenci Ehud Ohlmert dan sekutunya walau sejam di atas tindakan zalim mereka.mungkin ada yang mempertikaikan, apa relevannya kemusnahan alam dan kezaliman Israel, namun aku tetap berpendirian kemusnahan alam bermula disebabkan manusia sendiri zalim terhadap manusia yang lain

di atas sebab itu aku memohon maaf, meminjam kata bekas Menteri Besar Perak,
Saya Pohon Derhaka!









disunting oleh : PLX Muhammad Khairul Adham Bin Mat AKhir
sumber dari http://syahrilkadir.wordpress.com

Tuesday, March 24, 2009

Kehidupanku Selepas Result SPM

Setiap hari aku pasti mengeluh panjang.
Kebosanan yang aku alami sekarang benar-benar menguji minda dan fizikal aku. Lebih hebat dari latihan PLKN yang pernah aku ikuti. Setelah menanti kemunculan SPM yang membawa seribu satu harapan dalam tempoh yang agak lama, sekarang aku terpaksa menanti tawaran belajar yang bakal menjemput aku pula.
Menanti lagi?? Itulah realitinya. Keadaan yang meletihkan tetapi tidak berpeluh. Itulah Bosan.

Aku sekarang mencari-cari pekerjaan yang
sesuai bagi mengantikan pekerjaan aku sebagai pengurus Shell dahulu.(rujuk catatan aku mengenai dari pengganggur ke pengurus)
Sudah hampir dua minggu aku melepaskan jawatan tersebut. Pengalaman bekerja dan berkawan di sana benar-benar mengukir kenangan indah dalam hidup aku. Banyak benda yang aku belajar. Tetapi aku juga bersyukur,selepas berhenti kerja, kulit aku yang hitam akibat bekerja di bawah sinaran terik matahari,sudah mula cerah serta menawan seperti dahulu.

Hehehe...Alhamdulillah.

Jika diikutkan, berat hati aku mahu melepaskan jawatan tersebut. Gaji yang ditawarkan juga cukup lumayan bagi aku yang masih belum berumah tangga,iaitu RM500. Tetapi setelah aku bertanya dan menyiasat latar belakang syarikat tersebut, aku tak teragak-agak untuk melepaskannya. Syarikat tersebut yang dimiliki kerajaan Belanda dikatakan pernah kontroversi dengan perbuatan ahli parlimen mereka yang menghina nabi dengan muka kosong tanpa menghirau sensitiviti umat Islam. Cukup setakat itu, aku enggan menghurai panjang. Kalau hendak mengetahui dengan lebih lanjut, rajin-rajinkan diri untuk mencarinya sendiri.
Sekarang aku kembali menjadi pengganggur. Aku tak pernah menyesal berhenti kerja. Kata-kata senior aku dahulu masih terngiang-ngiang di fikiranku,

"Rezeki ini datang dari ALLAH, kalau kita buat benda yang baik pada agamaNya, pasti ALLAH akan tolong kita kembali”

Lebih kurang macam tu lah kata-katanya.
Aku cukup berpegang kuat dengan kata-kata tersebut. Memang benar apa yang dikatakan, setelah aku berhenti kerja. Banyak kerja kosong yang aku temui seperti menjadi cashier di cc. Tetapi,sayangnya entah kenapa waktu itu aku menolak.

Adoy!! (sambil mengelengkan kepala) Menyesal pulak aku.
Aku juga diminta dari YB Kubang Rotan untuk menolongnya di pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kubang Rotan. Aku hanya tersenyum dengan malu. Aku menganggap mungkin dia hanya melawak sahaja.

Sekarang aku terpaksa menghadapi keadaan yang dinamakan BOSAN. Tetapi, bila difikirkan kembali. Inilah masa yang sesuai untuk aku memperkemaskan diri aku dalam segala bidang yang aku masih lemah terutamanya dalam bidang agama dan komunikasi bahasa. Mungkin BOSAN inilah yang dikatakan ujian berbentuk nikmat kesenangan. Tuhan mungkin ingin menguji kita dengan ilmu yang kita pelajari sejak di bangku sekolah dengan melihat bagaimanakah kita memanfaatkan atau mengamalkannya. Cuba kita belek kembali surah Al-Asr yang menceritakan betapa ruginya manusia terhadap masa. Begitu juga dengan kata-kata hikmah dan pujanggga. Jangan kita melihat sesuatu perkara dari sudut keburukannya saja, tetapi cubalah sedaya mencari hikmah disebaliknya..................................................

P/s: kalau ada sesiapa yang ada jumpa kerja kosong,jangan lupa bagitau ak.hehehe

Friday, March 20, 2009

AWAS kamu semua

Maklumat Tergempar
Saya baru sahaja menerima maklumat ini dari sahabat saya. Ish2....Menurut maklumat tersebut,terdapat website islamik yang sengaja dibuat oleh puak yahudi Laknatullah. Tak guna dan mangkuk hayunkan mereka ni?? Ada saja benda nak buat untuk merosakkan agama kita?? Tapi yang hairannya kita ini,tak pula seserius macam mereka hendak berusaha untuk menghancurkan mereka kembali?? Kalau hendak tahu, mereka ini cuba dan sedang menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan Al-Quran dan Assunnah untuk menyesatkan kita. Justeru, saya ingin menyebarkan maklumat ini kepada anda. Jika tidak, seluruh umat Muslim di dunia akan memperolehi informasi yang salah dan keliru tentang Islam. Tidak hairanlah selepas ini akan muncul pelbagai ajaran sesat seperti ayah pin,kahar dan macam-macam lagi yang sukar dibendung andaikata perkara ini tidak ketahui umum.
Waspadalah terhadap website di bawah ini:
1. www.answering-islam.org
2. www.aboutislam.com
3. www.thequran.com
4. www.allahassurance.com

Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda
Ingat orang yang tersayang
Anda pasti mampu menyebarkanya
Jangan Lupa Taw
(^_^)

Thursday, March 19, 2009

Kempen Melesenkan Pelajar

LOR SETAR 18 Mac - Pelajar-pelajar sekolah berumur 16 dan 17 tahun di negeri ini berpeluang mendapatkan lesen motosikal dengan kadar bayaran hanya RM250 sempena kempen melesenkan pelajar oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya Kedah (JKJR) mulai Jun ini.

Pengarahnya, M. Surentharan berkata, kempen itu akan dijalankan selama tiga bulan dan dijangka berakhir pada Ogos ini.

"Sebanyak 13 institut memandu di negeri ini bersetuju untuk memberi diskaun kepada para pelajar yang berminat untuk mengambil lesen motosikal," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, kempen itu dijalankan memandangkan JKJR mendapati banyak pelajar yang menunggang motosikal tanpa lesen dan menunggang secara merbahaya.

"Dengan kempen dan diskaun harga yang ditawarkan, kami berharap ramai pelajar akan merebut peluang ini untuk mendapatkan lesen dan mempelajari undang-undang jalan raya," jelasnya.

Tambah beliau, walaupun kadar bayaran lesen yang ditawarkan kepada pelajar dianggap murah, namun mereka perlu mengikuti kursus undang-undang serta latihan amali seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Hanya harga yang dikurangkan daripada RM400 kepada RM250, namun syarat-syarat untuk lulus, sama seperti yang telah ditetapkan.

"Jika kempen ini berjaya dan mendapat sambutan, pihak kami mungkin akan memanjangkan tempohnya kepada enam bulan pada masa akan datang," katanya.

sumber dari Utusan Malaysia

Sunday, March 8, 2009

Dari Penganggur ke Pengurus


5 Februari 2009 telah melakar sejarah penting dalam hidup saya. Tepat pukul 3.45 petang,saya bersama sahabat saya,Muhd Labib Majdi Bin Abd. Latif dengan berpakaian baju putih,berseluarkan hitam serta berkasut hitam tutup lengkap menuju ke sebuah tempat yang bakal menawarkan sejumlah wang RM500 sebulan. Segala Puji Bagi ALLAH,sememangnya kami telah menanti tawaran ini sejak sekian lama lagi. Akhirnya ALLAH memakbulkan juga hajat kami setelah selama dua minggu kami berpenat lelah mencari dan menanti. Keadaan ini menambahkan keyakinan kami bahawa haanya doa beserta usaha pasti akan berjaya. Cuma waktu sahaja yang menentukannya.


Tiba ditempat tersebut,saya bersama sahabat saya telah ditemu bual secara live oleh bos disitu. Soalannya cukup mudah. Kami hanya diminta menerangkan 4 definasi perkataan yang cukup mudah iaitu amanah,siddiq,ikhlas serta jujur. Lain pula saya. Saya diberi soalan tambahan pula. Yang melucukan,tiba-tiba sahaja intiview itu hampir-hampir menjadi medan perdebatan seperti rancangan Hujah di tv9 antara saya dan bos tersebut. Saya diujinya untuk menerangkan apa tindakan saya apabila dia mengamanahkan saya untuk memberi sejumlah wang RM10 untuk diberi kepada sahabat saya,Labib. Dia membayangkan waktu itu adalah waktu bulan Ramadhan. Pada masa yang sama,emak saya juga memberi wang RM10 kepada saya untuk membeli makanan di bazar untuk berbuka nanti. Tetapi saya tertinggal. Apa tindakan saya waktu itu ketika itu? Wajarkah saya menggunakan wang yang perlu saya beri kepada Labib dahulu?Atau kalau saya tidak menggunakannya,bagaimana pula keadaan keluarga saya yang menunggu untuk berbuka puasa dirumah.?Pada mulanya,pendapat saya tidak wajar. Alasannya ialah lebih baik saya tidak membeli makanan daripada membiarkan keluarga saya berbuka puasa dengan sumber yang HARAM apabila saya tidak meminta keizinan tuannya. Lagipun takkanlah rumah saya kehabisan makanan langsung. Sekurang-kurangnya makanan seperti kurma bolehlah menggalas perut mereka sekejap. Selepas berbuka puasa,masih ada masa dan makanan yang boleh dibeli.Bos itu seperti tidak puas hati. Bagi saya,dia bukan orang yang sebarangan. Orangnya cukup hebat. Dia pandai berdalih sehinggakan saya mengalah dan hampir-hampir bertikam lidah dengannya. Dia merupakan bekas pengetua Kolej Sultan Abdul Hamid dan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Bukhari. Kemudian keadaan telah memaksa saya menukar jawapan.Jawapan yang dia berikan kepada saya pula seolah-olah seperti jawapan saya awal-awal tadi. Soalan tersebut sebenarnya nak mengajar kami supaya tidak menggunakan wang orang lain untuk kepentingan peribadi walaupun kita ada wang yang cukup atau tidak untuk diganti.Dia juga mengambil kisah pemuda yang memakan buah epal akibat terlalu lapar sebagai contoh. Kami hanya mendengar dan mengagguk sebagai tanda bersetuju.


Selepas selesai intiview,bermulalah kisah kami sebagai pengurus stesen minyak Shell. Kerjaya sebagai pengurus bukannya mudah. Segala-galanya perlu dilakukan. Kami perlu sapu sampah,cuci tandas,cuci longkang dan mengurus pump minyak. Hasil tunjuk ajar orang yang lebih senior walaupun umur sebaya dapatlah meringankan sedikit beban tugas kami. Antara tugas yang mencabar ialah semasa menjaga pump stesen minyak. Banyak karenah pelanggan dan masalah yang kami terpaksa hadapi.


Apa yang saya harapkan ialah pekerjaan ini dapat mengajar saya untuk mengenali erti kehidupan yang sebenar dan mencorakkan pengalaman baru dalam hidup saya bagaimana peritnya untuk menyara hidup.Jika anda mempunyai pekerjaan yang lebih senang dan selesa,bolehlah menghubungi saya.(^_^)

Monday, March 2, 2009

Hilang Barang!!Camne nak buat ek

Tidak dapat dinafikan semua orang pernah kehilangan sesuatu barang. Kehilangan sesuatu barang lebih-lebih lagi kalau barang itu berharga amatlah memeritkan. Keadaan ini boleh diibaratkan atau lebih teruk dari orang yang sedang bercinta seperti tidur tak lena....,makan tak kenyang....,dan macam-macam lagi keadaan yang dialami. Justeru, saya ingin berkongsi ilmu dengan anda tentang kaedah mengembalikan sesuatu barang yang hilang. Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.Insya-ALLAH.

Untuk pengetahuan,saya sendiri pernah mempra
ktikkan kaedah ini ketika kehilangan dompet saya yang terjatuh semasa menunggang motosikal. Ketika itu, hanya tuhan sahajalah yang Maha Mengetahui akan perasaan saya. Bimbang betul saya dibuatnya. Maklumlah,dompet!!!! Macam-macamlah benda yang penting ada. Kad Pengenalan,lesen memandu dan kad HPA la yang paling penting tapi duit taklah banyak sangat.Yang membimbangkan, setiap kad yang hilang sudah tentu dikenakan bayaran.Adoyai.Manalah saya ada duit sangat nak bayar...Namun, saya tetap gagahkan diri saya untuk bertenang dan berusaha mencarinya kembali. Ucapan atau doa yang diajar oleh Al-Quran ketika mengalami musibah iaitu INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJINGUN sentiasa membasahi bibir mulut saya. Saya yakin mungkin ada terselit pengajaran disebalik ini. Diringkaskan cerita, selepas saya berusaha mencari, saya pun mempraktikkan kaedah ini sebagai ikhtiar terakhir dan tawakal saya. Alhamdulillah,dengan keizinan dari Ilahi tak sampai seminggu pun,muncul seseorang pemuda yang tidak dikenali menyerahkan kembali dompet saya yang hilang dirumah.

p/s: apapun ingat jangan hanya berdoa sahaja tanpa berikhtiar.Hanya orang yang

malas sahaja yang berdoa tanpa usaha.Apapun jadikan Rasullah S.A.W sebagai

mentor sepanjang masa yang tak pernah jemu berdoa dan berusaha.

Cara atau kaifiatnya yang dipetik dari laman web darussyifa adalah seperti berikut:

(1) Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.

(2) Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

(3) Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;

a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.

c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

d.Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

e.Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

f.Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.

g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.

h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.

(3) Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.